Sunday 11 March 2012

destinasi menarik







DESTINASI MENARIK-MALAYSIA
Anda suka melancong?Dimanakah destinasi pilihan anda?Anda tidak perlu berfikir panjang tentang perkara tersebut.Anda hanya pilih tempat di Malaysia bagi menjimatkan masa dan kewangan.Malaysia merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di dunia. Saban tahun, jumlah pelancong yang direkodkan semakin bertambah bukan sahaja pelancong dari negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia malah turut menjadi tumpuan pelancong asing dari Asia Barat, Eropah dan Amerika Syarikat.Malaysia juga negara ke-3 paling ramai menerima pelancong selepas China dan Hong Kong di Asia timur.Lihat sahja seramai 115.5 juta orang pelancong telah direkodkan pada 2010.Justeru.mengapa tidak untuk anda memilih Malaysia sebagai destinasi utama?Disini tersenarai beberapa tempat menarik yang mesti anda lawati...jom lihat!

                                                              LANGKAWI,KEDAH

Langkawi merupakan satu destinasi pelancongan menarik yang mesti anda lawati ketika cuti.Rugi rasanya bagi sesiapa yang berduit tapi tidak manfaatkan sepenuhnya di antara salah sebuah pulau yang terindah di malaysia.Ye lah mungkin duit dah banyak sangat jadi bukan pilihan untuk bersantai di tempat tersebut.Jika anda melancong di Langkawi,anda dapat tenangkankan fikiran dengan setenang-tenangnya seolah-olah anda melupakan segala masalah yang berlaku.Sememangnya Langkawi menjanjikan percutian yang menarik dengan keindahan flora dan faunanya yang tidak mungkin anda lupakan.


 Apabila berada di Langkawi,sudah terbayang sebuah arca burung helang besar yang terletak di Dataran Lang langkawi.Menurut Lagenda ,Langkawi mendapat nama dari perkataan 'Lang' yang merupakan nama pendek bagi 'helang' .Manakala 'kawi' mengikut istilah melayu kuno bermaksut coklat.Maka Langkawi bermaksud Helang Coklat .Di dataran tersebut terdapat sebuah tasik yang indah ,restoran,jejambat ,jeti dan teres yang berbumbung .Kedudukannya yang berdekatan dengan pantai menjadikan ia sebuah tempat yang menarik bagi pengunjung yang bersiar-siar dan juga menikmati makan malam.Di samping itu ia juga terletak bersebelahan Taman Lagenda Langkawi .Dataran Lang ini kelihatan amat indah terutama di waktu malam .Arca Helang ini terletak di tempat yang strategik bagi mengucapkan 'Selamat Datang' kepada para pelawat yang mengunjungi Langkawi .
Selain itu,tarikan lain adalah pantainya yang sangat indah. Pantai Kok,Pantai Cenang,Pantai Tengah,Pantai Pasir Tengkorok Datai dan Teluk  Burau.Pantai-pantai ini menawarkan suasana perkelahan yang yang mengasyikkan .Hotel mewah dan chalet juga di sediakan untuk kemudahan pengunjung.Bagi penggemar aktiviti lasak ,pelbagai kegiatan yang mencabar boleh diikuti.Manakala bagi penggemar makanan pula ,pelbagai juadah yang enak turut disediakan oleh restoran di hotel-hotel dan medan selera untuk dinikmati.Anda juga boleh mengunjungi sekitar Langkawi seperti Tasik Dayang Bunting,Tanjumg Rhu,Taman Laut Pulau Payar Lankawi,Kuah,Makam mahsuri,Kampung air hangat,Langkawi Anna & The King Langkawi,Underwater World Langkawi,Taman Buaya,Galeria perdana,Laman padi,Taman lagenda,Komplek Budaya kraf dan Telaga tujuh(seven wells).Langkawi juga mempunyai pulau-pulau yang menjanjikan keindahannya dan pasti memukau bagi sesiapa yang datang mengunjunginya dengan belayar.Pelayaran (langkawi island hopping )ke pulau pulau di sekitar Langkawi amat menyeronokkan kerana pelancong akan dapat menikmati keindahan semulajadi pulau pulau berkenaan .Pelayaran tersebut akan melalui Pulau Dayang Bunting ,Pulau Beras Basah dan Pulau Singa Besar .Aktiviti yang menarik semasa island hopping ini ialah melihat burung -burung helang terbang berdekatan dengan kita untuk makan makanan yang di berikan oleh pemandu-pemandu bot pelancong.                   
 
                                                       CAMERON HIGHLAND,PAHANG                                            

Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia.Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negara yang kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan mempunyai suhu antara 100c hingga 200c. Keindahan Cameron Highland pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.
Pengunjung boleh ke sana boleh melaui 3 tiga jalan iaitu dariTapah,Perak.Jalan dari Raub,Pahang juga boleh sampai ke Cameron Highlands. Dari Kampung Raja kita boleh pergi ke Gua Musang di Kelantan. Dari Tapah, anda akan temui air terjun lata Iskandar.Secara keseluruhan Cameron Highlands merupakan kawasan tanah tinggi yang paling menarik di Malaysia .Keindahan di Blue Valley Tea Estate,Gunung Brinchang,Tringkap dan petempatan Orang Asli Sungai Ruil cukup memukau. Ladang yang menghijau dan indah di sini diusahakan oleh Sungai Palas Boh Tea Plantation. 
Lain-lain tarikan ialah Wild Orchid Farm,Green Farm,Rose Valley Village,Butterfly Farm,Butterfly Garden,Kea Farm, Pasar Sayur,Uncle Sam Farm,Cactus Point,Tokong Sam Poh ,Cactus Valley,Strawberry Farm,rumah rehat dan padang golf. Di puncaknya terletak Balai Polis Cameron Highlands dan Balai Bomba Cameron Highlands. di sini juga terletaknya Gunung Beremban,Gunung Jasar ,Gunung Perdah dan Air terjun Robinson.Lain-lain lokasi ialah Ringlet dan Kampung Lembah Bertam Stesen Janakuasa elektrik Cameron Highlands berfungsi sebagai pembekel elektrik.
                                                            

                                                                   PULAU SIPADAN,SABAH
Bagi pecinta dunia skuba,Pulau Sipadan adalah  jawapannya.Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah,Malaysia. Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut. Pulau Sipadan terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam skuba (scuba diving) antara yang terbaik di dunia. Mengikut keputusan undian umum  yang dikeluarkan oleh organisasi tunggal bagi pengundian 7 keajaiban terbaik dunia (New 7 Wonders of Nature votes commitee), Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun berakhir Julai 2009.  
      Pulau Sipadan mempunyai tarikan yan tersendiri.Pengunjung pasti akan jatuh cinta dengan keindahan alam semulajadinya.Pulau ini juga bebas daripada segala sisa pembuangan daripada tangan manusia.Pulau ini sentiasa bersih dan terpelihara.Dengan kejernihan lautnya dan pasir pantai yang sangat putih,ini membuatkan Pulau Sipadan terkenal di Malaysia bahkan di dunia.
Alam bawah laut Sipadan menawarkan kepada para penyelam pemandangan yang penuh dengan kehidupan marin seperti barracuda, penyu, ikan,sotong,udang dan sebagainya. Warna-warna yang banyak dan bertukar ganti, birai, celah, batu rungkupan, gua besar dan cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk oleh pelbagai karang menanti untuk disaksikan oleh para penyelam yang ingin menikmati tempat selam yang menyeronokkan di dunia.
Pulau ini telah diwujudkan sebagai tempat perlindungan hidupan liar pada tahun 1933 dan persekitarannya yang asal telah dapat dikekalkan sehingga kini.
Di sekitar Pulau Sipadan mempunyai beberapa kawasan popular untuk penyelam "Hot spot center to scuba divers" misalnya Barracuda Point, Turtle Cavern (Gua Penyu), Coral Gardens Drop Off (terletak berhampiran jeti utama Pulau Sipadan), North Point, West Ridge, Taman-taman Tergantung (Hanging Gardens), Lobster Lair, Staghorn Crest, South Point, Turtle Patch, Batu Karang Tengah (Mid Reef), Whitetip Avenue dan Coral Gardens.

                                                                             











Indah sungguh ciptaan tuhan.

1 comment: