Sunday 18 March 2012

Destinasi menarik-England

peta England
Kali ini saya akan membawa anda semua ke satu lagi antara destinasi terbaik dunia yang sering dilawati manusia dari pelusuk bumi ini.Tempat yang dimaksudkan adalah England.Ibu negara tersebut adalah London.Sebut sahaja England,anda akan terbayang kelab bola sepak ternama dunia seperti Manchester United,Liverpool,Chelsea dan sebagainya.England merupakan negara ke-6 dunia paling ramai menerima pelancong.Apabila ditanya kepada sahabat kita tentang apakah tempat yang ingin sangat dilawati,ramai yang jawab dengan mudah,"tentu la london".Apa sebenarnya yang menarik di sana?Ada apa di sana sampai ramai orang tergila-gila mahu sampai disana?Apa yang menarik nya?Ok terdapat banyak juga tempat menarik yang menjadi kewajipan untuk anda pergi apabila anda berada di sana nanti.Antaranya adalah Madame Tussauds,Science Museum,London Eye,Victoria and Albert Museum,National Maritime Museum,Palace of Westmister,Wembley stadium dan macam-macam lagi la.Sampai tak terkata banyanknya.Disini tersenarai beberapa tempat tidak rugi jika anda pergi nanti.


Madame Tussauds

Madame Tussauds adalah sebuah muzium lilin di London dengan cawangan di beberapa bandar utama.Ia diasaskan oleh Marie Tussauds ataupun 'Madame Tussauds'.Madame Tussauds adalah satu tarikan utama pelancong di London yang memaparkan tokoh-tokoh yang terkenal dari seluruh dunia seperti ahli sukan,tokoh politik,bintang hollywood,superstar bollywood dan macam-macam lagi yang semuanya diperbuat daripada lilin.Ia nampak macam asli tapi sebenarnya lilin,ia tidak bergerak.Disana,anda boleh bergambar dengan mana-mana tokoh terkenal dengan bermacam-macam gaya atau 'pose' dan hasilnya tentulah seperti kita berdamping dengannya.                           


mana palsu mana betul
Disini anda boleh perhatikan kedua-duanya seperti sama dan seperti mereka mungkin mempunyai kembar seiras.Tidak sebenar nya.Cuba anda lihat kedua-dua gambar yang mana lilin dan mana yang betul-betul asli Anda dapat mengenali melalui mimik mukanya,dengan gayanya dan senyumannya.





Mestilah nampak macam real kan...semuanya sentiasa ada di Madame Tussauds dan sentiasa menunggu kehadiran anda.


Science Museum of London


Muzium Sains adalah salah satu daripada tiga muzium besar di Exhibition Road, London. Ia adalah sebahagian daripada Muzium Sains dan Industri Negara. Muzium itu merupakan satu tarikan pelancongan yang besar di London.

Tiada bayaran dikenakan jika anda mahu memasuki muzium tersebut kerana telah ditanggung oleh kerajaan.Anda hanya perlu membayar untuk pameran sementara sahaja.Anda juga dibenarkan untuk pergi kemana-mana bahagian dalam muzium tersebut.







Ini suasana keadaan dalam bangunan tersebut.Terdapat lebih 300,000 koleksi didalam muzium tersebut.Anda boleh melihat macam-macam alatan sains di dalam muzium ini.Koleksi yang paling popoular adalah Stephenson rocket,puffing bolly,(enjin steam yang tertua)enjin jet pertama,prototype pertama,clock of the long now,dokumentari oleh penulis pertama dan macam-macam lagi.

Tingkat 4 muzium tersebut dipanggil "Glimpses of Medical History".Di tingkat tersebut terdapat beratus-ratus pengumpulan serta pembinaan semula dan sejarah perubatan.Anda akan tahu bagaimana mesin pereubatan dan farmasi semasa awal penciptaannya.
Stephenson's Rocket

Di tingkat 5 pula dipanggil "Science and the Art Medicine" yang mempamerkan instrumen perubatan dari zaman kuno dan dari banyak negara.Koleksi ini jugaterdapat banyak item dari perubatan klinikal,biosains dan perubatan awam.


Muzium Sains juga mempunyai perpustakaan dan sehingga 1960-an adalah Perpustakaan Negara Britain Perubatan, Sains dan Teknologi. Terdapat berbagai jenis buku dan manuskrip awal, dan digunakan oleh ahli falsafah di seluruh dunia. Ia telah beberapa tahun telah dijalankan bersempena dengan Perpustakaan Imperial College.Pada tahun 2007, perpustakaan telah dibahagikan atas dua tapak. Sejarah sains dan biografi saintis masih disimpan di Imperial College di London. Lain koleksi yang termasuk karya-karya saintifik asal dan arkib kini terletak di Wroughton, Wiltshire.






London Eye



Eye of London adalah roda ferris gergasi yang terletak di tepi sungai Thames.Tinggi roda tersebut ialah 135 meter(443 kaki) dan diameter roda tersebut ialah 120 meter(394 kaki).Eye of London juga  merupakan roda ferris yang tertinggi di eropah dan merupakan tarikan utama pelancong datang ke London.Pada tahun 2011,Eye of London dikunjungi lebih 3.5 juta orang.Roda tersebut juga kelihatan sangat cantik pada waktu malam dan senantiasa kelihatan cantik tidak kira siang ataupun malam.Tetapi pada malam hari lagi cantik dari waktu siang dengan keunikan cahayanya yang menerangi kegelapan malam dengan keindahan ditepi sungai Thames.

Perasaan takut dan gayat tidak terkata takutnya bagi sesiapa yang mencubanya buat kali pertama.Akan tetapi,apabila sudah mencuba buat kali peretama,perasaan membuak-buak akan muncul untuk mencubanya untuk kali yang kedua dan seterusnya.Roda tersebut dibina pada tahun 1999 dan merupakan roda ferris yang tertinggi didunia pada masa itu dan telah beberapa kali diubah suai.Anda juga akan merasai duduk di puncak roda tersebut dan akan melihat kepesatan seluruh kota London.




                                                                                     
                                          

Lain-lain tempat di England.  

                                                    








Semuanya di England...

No comments:

Post a Comment